Perjanjian Nuklear | Iran beri respons cadangan EU selamatkan perjanjian

2022-09-21 0

Iran telah memberi respon terhadap cadangan Kesatuan Eropah (EU) bagi menyelamatkan Perjanjian Nuklear 2015 antara Tehran dengan kuasa dunia.

Perunding Nuklear Iran, Ali Bagheri Kani berkata, Tehran menyambut baik cadangan diplomat tertinggi EU, Josep Borrell bagi mencari penyelesaian segera terhadap kebuntuan rundingan.